Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Adele tayang cincin kahwin?

    Penyanyi Adele dilihat memakai sebentuk cincin di jari manisnya yang dipercayai merupakan cincin perkahwinannya bersama Rich Paul sewaktu menonton sebuah perlawanan bola keranjang, baru-baru ini.

    Perkara tersebut menjadi bukti kukuh bahawa pelantun lagu Someone Like You itu sudah pun berkahwin dengan Paul yang juga pemilik kelab bola keranjang, Klutch Sports Group.

    Menurut laporan Daily Mail, Adele yang dilihat memakai baju sejuk berwarna biru menonton perlawanan bola keranjang bersama Paul dalam keadaan sangat intim.

    Ketika mengangkat tangannya, kelihatan sebentuk cincin emas bertatahkan batu berlian pada jari manisnya, sekali gus menarik perhatian ramai peminatnya.

    Cincin yang disarungkan pada jari manis penyanyi berusia 34 tahun itu turut menjadi bukti kukuh bahawa Adele sudah berkahwin.

    Sebelum ini, Adele berseloroh sudah berkahwin dengan Rich Paul namun ramai masih tidak berpuas hati dengan pengakuannya yang tidak serius. – Agensi

    Adele ketika menyaksikan perlawanan bola keranjang di Los Angeles. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...