Saturday, September 14, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aeril Zafrel percaya anak istimewa adalah ‘ladang’ pahala

    Sedar bukan mudah membesarkan anak istimewa seperti autisme, pelakon Aeril Zafrel meminta ibu bapa yang berdepan situasi itu agar segera merujuk pakar bagi mendapatkan rawatan.

    Aeril atau Suhairil Sunari, 36, berkata, walaupun ada di antara mereka tidak dapat menerima hakikat atau berasa malu namun membiarkan anak istimewa tanpa rawatan tidak sepatutnya berlaku.

    “Kita tidak berada di tempat mereka, jadi tak boleh sewenang-wenangnya kita cakap sabar.

    “Ada ibu bapa yang tak boleh terima anak mereka autisme dan tidak membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.

    “Mungkin juga sebab mereka malu tapi bagi saya kalau sudah nampak sebarang simptom segeralah mendapatkan rawatan,” katanya kepada mStar.

    Aeril berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran novel adaptasi filem Abnormal Buas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu.

    Dalam pada itu, Aeril berkata, memiliki anak autisme seharusnya dilihat daripada sudut positif malah ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa sangat beruntung kerana mereka adalah ladang pahala.

    Walaupun tidak mempunyai anak istimewa namun sebagai bapa Aeril percaya kasih sayang sama rata dan tidak berbelah bahagi patut diberikan kepada anak-anak.

    “Jika kita ditakdirkan dikurniakan anak autisme, anggaplah itu ladang pahala kita,” katanya. – Agensi

    Aeril berkata anak autisme juga adalah ladang pahala buat ibu dan bapa. – Beautifulnara
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda