Monday, April 28, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Afdlin Shauki timang anak perempuan

    Pelakon, pengarah dan pelawak Malaysia, Datuk Afdlin Shauki mendedahkan dia kini bergelar bapa sekali lagi apabila dikurniakan anak perempuan menerusi perkahwinan keduanya bersama isteri, Datin Marcella.

    Menurut BH Online, Afdlin, 54, berkata, anak mereka yang diberi nama Inayah itu kini sudah berusia 10 bulan, namun sebelum ini tidak pernah dikongsikan kepada umum atas sebab menghormati privasi keluarga.

    “Dalam tempoh 10 bulan yang lalu, saya dan isteri dikurniakan anak perempuan yang kami namakan Inayah. Alhamdulillah, kami sangat bersyukur atas rezeki ini.

    “Namun, saya tidak pernah berkongsi perkara ini kepada umum kerana sejak dulu lagi saya dan keluarga lebih selesa menjaga hal peribadi daripada menjadi tatapan umum,” katanya.

    Malah, Afdlin sempat membawa anak kecilnya itu bertemu rakan-rakan media walaupun sebelum ini lebih memilih untuk menjaganya di rumah bersama isteri tercinta.

    “Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang bertemu rakan-rakan dan secara tidak dirancang, saya membawa Inayah bersama.

    “Sebenarnya saya minta mereka jaga di rumah, tapi hari ini saya sendiri mahu meluangkan masa bersamanya,” katanya.

    Menurut Afdlin, pengalaman bergelar bapa pada usia lebih matang memberi perspektif baharu buat dirinya, terutamanya apabila mengenang kembali zaman dia menjadi ayah semasa masih muda dan terlalu sibuk mengejar kerjaya.

    Afdlin juga menegaskan bahawa keputusan untuk tidak mendedahkan wajah Inayah kepada umum adalah berlandaskan prinsip privasi yang dipegang sejak dulu lagi. – Agensi

    Pengalaman Afdlin bergelar bapa pada usia lebih matang memberi perspektif baharu buat dirinya. – Berita Harian
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda