KABUL, 27 JULAI – Afghanistan kelmarin menerima sumbangan 500 unit penjana oksigen dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan pesakit kritikal ketika negara ini sedang menghadapi gelombang ketiga pandemik COVID-19.
Kementerian Kesihatan Awam berkata bantuan ini bakal menyokong sistem kesihatan negara yang semakin tenat akibat peningkatan kes di hospital awam, lapor agensi berita Anadolu (AA).
Timbalan Menteri Kesihatan Wazhma Salimi berterima kasih kepada WHO dan berikrar pengagihan secara adil akan dilakukan di beberapa wilayah yang mencatatkan kes jangkitan dan kematian COVID-19 yang tinggi. – Bernama