Wednesday, February 19, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agih bendera kecil di sekolah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 13 FEB – Bersempena menjelangnya Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41, 2025, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan Jabatan Pendidikan Swasta dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) hari ini telah mengadakan Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera bagi sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

    Pada majlis yang diadakan serentak di keempat-empat daerah itu telah menyaksikan pengagihan 2,000 bendera kecil meja kepada para peserta, terdiri daripada guru dan pelajar yang akan menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41.

    Sehubungan itu, hadir selaku tetamu kehormat pada tumpuan utama bagi majlis berkenaan yang berlangsung di Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Daerah Tutong ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh. Majlis yang sama juga diadakan di Daerah Brunei dan Muara bertempat di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan sesi pengagihan bendera kecil berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) selaku menjalankan tugas Setiausaha Tetap (Kesukanan), KKBS dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan dan KKBS.

    Sementara di Daerah Brunei dan Muara juga, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), KHEU, Haji Shamshol bin Haji Omar hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan pengagihan bendera kecil pada majlis yang diadakan di Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah.Di Daerah Belait, majlis diadakan di Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait dengan dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman, selaku tetamu kehormat. Manakala majlis yang sama turut diadakan di Daerah Temburong iaitu di Sekolah Rendah Puni. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Ahli MMN, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Nasir.

    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah menyampaikan bendera kecil kepada peserta pada majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Daerah Tutong. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara pelajar yang hadir pada majlis pengagihan bendera kecil tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda