Penyanyi Agnes Monica menjadi selebriti Indonesia pertama yang mempunyai patung lilin di Madame Tussauds Singapura.
Agnes atau Agnes Monice Muljoto, 36, berkata, dia sangat teruja dan berbesar hati apabila mendapat pengiktirafan untuk menjadi sebahagian daripada personaliti dunia yang diabadikan dalam muzium berkenaan.
“Terima kasih Madame Tussauds kerana mengiktiraf gadis kecil ini. Saya berasa begitu rendah diri dan berbesar hati,” katanya di Instagram.
Menerusi laporan kompas, perasmian patung lilin penyanyi itu dilancarkan pada 5 Oktober lalu bertepatan dengan ulang tahun ke-30 Agnes melibatkan diri dalam dunia seni.
Dalam pada itu, Agnez memberitahu dia terpaksa menahan ‘pose’ selama lima jam bagi membolehkan pihak muzium melakukan proses pengukuran bagi menghasilkan patung miripnya.
Bagaimanapun katanya, proses yang panjang tersebut sangat berbaloi kerana patung lilin berkenaan mirip dengan dirinya.
Malah perkara tersebut turut dipersetujui peminatnya yang kagum dengan hasil akhir patung berkenaan yang benar-benar serupa dengan Agnez.
“Keliru sekejap, kenapa Agnez ada dua? Oh rupa-rupanya patung!
“Memang mirip patung lilin ini, ingatkan Agnez ada kembar. – Agensi
