Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agong dibenarkan keluar IJN

    KUALA LUMPUR, 28 JAN – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dibenarkan keluar dari Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini. 

    Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin ketika dihubungi Bernama mengesahkan, Seri Paduka dibenarkan keluar dari IJN pada 11 pagi tadi setelah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan sejak Sabtu lepas.

    Pada Ahad, Ahmad Fadil menerusi satu kenyataan memaklumkan pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan itu adalah berkaitan rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali yang dijalani oleh Seri Paduka di IJN pada 24 September lepas. 

    Menurutnya intervensi itu dibuat setelah Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)  menunjukkan kecederaan pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah ketika bersukan.

    Sementara itu, Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan, keberangkatan pulang Al-Sultan Abdullah dari IJN ke Istana Negara diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – Bernama

    Gambar bertarikh 2 Disember 2021 menunjukkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis di Istana Negara. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda