Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Agong dukacita tindakan kerajaan, PM pertahankan keputusan

    KUALA LUMPUR, 29 JULAI – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen awal minggu lalu bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Baginda.

    Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka juga amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun agar cadangan pembatalan Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

    “Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan hari ini.

    Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan keputusannya selepas didesak untuk meletak jawatan berikutan kritikan dilontarkan oleh Agong, yang menuduh pihak kerajaan menyeleweng parlimen di atas peraturan koronavirus.

    Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin parti gabungan yang merampas kuasa tahun lalu tanpa undian, tetapi kerajaannya dilihat hampir lumpuh selepas sekutu mereka menarik semula sokongan.

    Parlimen disambung semula minggu ini selepas digantungkan berbulan-bulan dengan perintah darurat – bagi memerangi penularan virus, tetapi pengkritik berkata langkah tersebut dibuat oleh Muhyiddin untuk terus memegang tampuk kuasa.

    Isnin lalu, Menteri Undang-undang memberitahu parlimen bahawa perintah darurat akan
    berakhir pada 1 Ogos dan beberapa peraturan lain di bawahnya turut dibatalkan.

    Tetapi parti pembangkang berang dengan tindakan Muhyiddin yang cuba mengelak undian yang mungkin menguji sokongannya – dan tidak pasti sama ada Agong bersetuju untuk meminda undang-undang tersebut. – Bernama/AFP

    Suasana kecoh di parlimen selepas Yang di-Pertuan Agong Malaysia menzahirkan rasa amat dukacita tentang pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Baginda. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda