Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Ahli pengakap negara raikan Aidilfitri

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 10 MEI – Kira-kira 300 ahli pengakap dari seluruh negara berkumpul dalam sambutan rumah terbuka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) melalui Persatuan Pengakap Daerah Belait (PPDB) dan telah diadakan di Dewan Serbaguna Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, hari ini.

    Hadir selalu tetamu kehormat majlis ialah Yang Dipertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas.

    Turut hadir dalam sambutan tersebut ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Awang Mohammad Arif bin Abdul Hadi, serta ahli Majlis Pengakap Negara, ahli Majlis Daerah, pesuruhjaya pengakap, penolong pesuruhjaya daerah, pemimpin pengakap, ahli Persatuan Baden Powell (BP), dan ahli keluarga pengakap.

    Pelbagai aktiviti telah diadakan sebagai sebahagian daripada acara sambutan itu, termasuk lawatan ke gerai-gerai yang didirikan di sekitar kawasan berkenaan yang menyediakan pelbagai juadah makanan dan minuman.

    Sambutan itu bertujuan untuk membantu mengeratkan lagi silaturahim dan menggalakkan perpaduan dalam kalangan ahli persatuan tersebut.

    Dato Paduka Ar Haji Idris melawat beberapa gerai yang disediakan oleh ahli pengakap di tempat tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Beberapa persembahan yang diadakan sebagai sebahagian daripada sambutan berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...