Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Warga Dynamik Technologies rai hari lebaran

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Dynamik Technologies telah menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan acara rumah terbuka yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, baru-baru ini.

    Acara yang bertemakan Smart Hari Raya itu memaparkan komitmen syarikat terhadap inovasi dan penglibatan masyarakat.

    Pelbagai aktiviti dan persembahan interaktif dianjurkan bagi mewujudkan kemeriahan suasana perayaan.

    Antara tetamu yang hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, selaku Pengerusi Dynamik Technologies, pegawai-pegawai kanan kerajaan, orang kenamaan asing, jemputan istimewa lain serta pelanggan Dynamik Technologies.

    Bagi menyerikan lagi sambutan, Dynamik Technologies juga mengumumkan pemenang Giveaway Raya mereka.

    Lima individu bertuah menerima hadiah menarik, termasuk TV 65 inci 4K, tablet Xiaomi, Playstation 5, Apple Watch SE dan sepasang Apple Airpods.

    Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina bergambar ramai semasa acara rumah terbuka di ICC, Berakas.– GAMBAR SERAHAN DYNAMIK TECHNOLOGIES
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...