Tuesday, April 29, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ai Wahida nikah dengan jejaka TikTok, sedia tinggalkan dunia hiburan

    Selepas setahun menyimpan rahsia tentang kisah percintaan, penyanyi Ai Wahida akhirnya bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Muhammad Syafiq, esok.

    Berkongsi tentang perancangan hari bahagianya itu, Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan, 23, jejaka berkenaan dikenalinya menerusi aplikasi TikTok sejak setahun yang lalu.

    “Alhamdulillah seperti yang dirancang, saya akan bernikah dengan Syafiq esok, 1 November.

    “Wawa kenal dengan bakal suami di TikTok tahun lepas. Selepas kira-kira dua bulan berkenalan kami terus buat keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya,” katanya kepada mStar.

    Ujar Wahida atau mesra disapa Wawa, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Pejabat Agama Johor Baru, Johor pada pukul 9 pagi, Isnin.

    Wahida memaklumkan akan mengundurkan diri daripada dunia hiburan dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa. – Agensi

    Majlis ringkas itu nanti hanya akan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

    Mengenali sifat peribadi pasangannya, Muhammad Syafiq, 26, Wahida berkata dia seorang yang cukup memahami dan sentiasa menyokong apa juga yang dilakukannya.

    Dalam pada itu, Wahida juga memaklumkan dia akan mengundurkan diri daripada dunia hiburan dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa.

    Tambahnya, kontraknya bersama syarikat rakaman Rusa Music juga sudah berakhir dan ingin fokus kepada kehidupan berumah tangga.

    “Saya mempersiapkan diri untuk menjadi suri rumah sepenuh masa,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda