Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    AICIF ke-11: Forum bincang peranan kewangan Islam

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Persidangan Antarabangsa Universiti-universiti Asean dalam Kewangan Islam (AICIF) ke-11 diteruskan lagi hari ini dengan Forum Ekonomi Islam bertajuk The Role of Islamic Finance towards a Regenerative and Sustainable Economy di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB).

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dan turut hadir ialah Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Ahli-ahli panel forum terdiri daripada Dekan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Islam, Universiti Islam Negeri, Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia, Dr Afdawaiza; Profesor Madya Dr Zainal Alim Adiwijaya dari Jabatan Perakaunan, Fakulti Ekonomi, Universitas Islam Sultan Agung, Indonesia; Naib Rektor, Penyelidikan, Khidmat Masyarakat, dan Alumni, Universiti Darussalam Gontor, Indonesia, Dr Ahmad Khoirul Umam; Profesor Madya Dr Rahmawati dari Jabatan Perakaunan, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia; Dekan, Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Datin Dr Rusni Hassan; dan Dekan, The King Faisal Center for Islamic, Arabic and Asian Studies, Mindanao State University, Mindanao, Filipina, Profesor Abdulcader M Ayo.

    Sementara itu, moderator forum ialah Pengarah Pusat Pengajian Siswazah UNISSA, Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani.

    Terdahulu itu, Dekan FEKIm, UNISSA, Dr Muhammad Zaki bin Haji Zaini@Haji Jaineh dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyatakan bahawa kemajuan dan daya tahan kewangan Islam bukanlah satu mitos.

    “Kita telah menyaksikan ketangkasan dan ketahanannya semasa pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan sistem penjagaan kesihatan, ekonomi dan mata pencarian serta memperkukuh ketidaksamaan yang sedia ada dan memburukkan lagi tahap kemiskinan global.

    “Bencana alam dan malapetaka serta kesan lain seperti perubahan iklim menjadi cabaran untuk kelangsungan hidup manusia sekarang,” jelasnya.

    Forum yang dihadiri oleh lebih 200 peserta tempatan dan luar negara terdiri daripada ahli-ahli akademik, pembuat dasar, pakar dan pengamal ekonomi Islam global khususnya di rantau ASEAN itu antara lain bertujuan untuk menekankan kepentingan kolaborasi antara ahli akademik dan pelaku industri bagi mempromosikan kewangan Islam dalam mempertahankan peranannya untuk mencapai sasaran matlamat pembangunan mampan (SDG).

    Ahli panel forum The Role of Islamic Finance towards a Regenerative and Sustainable Economy. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    GAMBAR SERAHAN UNISSA

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...