Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Populariti Park Seo Joon tidak bantu tarik penonton

    Sekual filem adiwira The Marvels tidak mencapai kutipan memberangsangkan selepas empat minggu ditayangkan di pawagam.

    Sejak dilancarkan pada 10 November lalu, filem berkenaan hanya mengaut keuntungan AS$80 juta di Amerika Syarikat dan AS$197 juta di seluruh dunia.

    Angka berkenaan sekali gus menjadikan filem berkenaan kurang kesan tarikan dengan kutipan terendah dalam sejarah Maravel Cinematic Universe (MCU).

    Cubaan menampilkan pelakon popular Korea Selatan iaitu Park Seo Joon, tidak memberi apa-apa kesan positif kepada filem tersebut.

    Malah ramai meluahkan rasa tertipu apabila Seo Joon hanya muncul selama dua minit menerusi satu babak.

    Menurut laporan mStar, The Marvels menampilkan barisan pelakon seperti Brie Larson, Iman Vellani, Zawe Ashton, Teyonah Parris, Jude Law dan Samuel L. Jackson.

    Untuk rekod, kos produksi filem tersebut dianggarkan mencecah AS$219.8 juta.

    Populariti Park Seo Joon tidak beri kesan positif kepada filem The Marvels. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...