Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Aidilfitri: Panjangkan tempoh harga maksimum tiket penerbangan

    KOTA KINABALU, 26 FEB – Tempoh penetapan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri tahun ini, perlu dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu, demikian menurut persatuan pengguna Sabah.

    Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS) Nordin Thani berkata tempoh itu perlu dipanjangkan agar lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah, mendapat harga tiket penerbangan berpatutan serta tidak melambung tinggi, seterusnya berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya.

    Beliau berkata tempoh tiga hari ditetapkan bagi melaksanakan harga maksiumum tiket penerbangan untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri itu juga, dilihat tidak mencukupi kerana tidak semua boleh bercuti awal dan ada yang terpaksa bekerja semasa perayaan berkenaan.

    “Harga maksimum itu (perlu dilaksanakan) seminggu sebelum Hari Raya dan seminggu selepas Hari Raya. Dua minggu. Mana-mana yang tidak dapat bercuti (sebelum) Hari Raya akan pulang (ke kampung) selepas itu.

    “Kita minta kerajaan mempertimbangkan kaedah ini, supaya semua (orang Sabah, Sarawak dan Labuan) berpeluang membeli harga tiket penerbangan berpatutan dan tidak mahal. Selain itu, mereka boleh merancang cuti seterusnya membuat tempahan dalam tempoh tersebut,” katanya kepada Bernama.

    Pada 24 Februari, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tempoh perjalanan tiga hari, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

    Beliau berkata ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April dan sebarang kenaikan daripada harga maksimum ditetapkan itu, akan ditampung menerusi subsidi kerajaan dalam tempoh tiga hari tersebut. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...