Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Maryam Nawaz dilantik sebagai ketua menteri wanita pertama

    PAKISTAN, 26 FEB – Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif, menguasai wilayah paling ramai penduduk di Pakistan hari ini, menjadikannya wanita pertama negara itu yang mentadbir sebuah wilayah.

    Maryam Nawaz Sharif telah dipilih sebagai ketua menteri di pangkalan kuasa lama keluarganya di wilayah Punjab, selepas Pakistan mengadakan pilihan raya nasional dan wilayah pada 8 Februari lalu.

    Bapanya yang dikenali secara meluas sebagai ‘Singa Punjab’ merupakan perdana menteri tiga kali, perkhidmatan terakhirnya berakhir pada 2017.

    Bapa saudaranya, Shehbaz, juga perdana menteri sebelum ini, kelihatan akan memerintah semula selepas parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) keluarga itu bersetuju untuk memerintah dalam gabungan dengan Parti Rakyat Pakistan (PPP).

    Perikatan itu juga menyaksikan Ahli Parlimen Punjab, PPP, menyokong Maryam untuk jawatan ketua menteri, di mana beliau akan mempengerusikan wilayah yang mempunyai 127 juta rakyat Pakistan iaitu lebih separuh daripada penduduk negara.

    Maryam Nawaz Sharif (tiga kanan) tiba untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri wanita pertama semasa Perhimpunan Punjab di Lahore pada 26 Februari 2024. – AFP

    Nawaz dan Shehbaz mengapit Maryam semasa dia mengangkat sumpah.

    Maryam berkata hari ini pelantikannya merupakan lakaran sejarah.

    “Ia adalah kemenangan untuk setiap wanita, kejayaan untuk setiap anak perempuan dan ibu,” katanya kepada Ahli Parlimen serantau selepas mereka memilihnya untuk memegang jawatan itu.

    “Ia adalah bukti bahawa menjadi seorang wanita dan menjadi anak perempuan tidak boleh menyekat impian awda.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...