Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aira gembira julung kali wakili Malaysia bersama-sama kakak

    KUALA LUMPUR, 3 OGOS – Pemain skuasy remaja Malaysia, Aira Azman yang buat julung kali  akan bertanding dalam Sukan Asia di Hangzhou, China bulan depan, akan bersama-sama dengan seorang yang benar-benar memahaminya di sisi, di sana. 

    Pemain berusia 19 tahun itu mengharapkan kakaknya, Aifa memainkan peranan sebagai mentor dan kaunselor apabila adik-beradik itu mewakili negara buat kali pertama dalam temasya sukan yang dijadualkan dari 23 September hingga 8 Oktober.

    Aira yang akan beraksi dalam acara perseorangan wanita dengan S Sivasangari dan acara berpasukan  wanita, merasa beruntung memiliki kakak yang berpengalaman sebagai peneman di Sukan Asia Hangzhou.   

    “Gembira untuk mengikut kakak saya ke Sukan Asia, kemungkinan dia akan jadi teman sebilik saya. Beliau akan menenangkan saya jika saya memerlukan sesuatu daripadanya kerana saya tidak memandang ringan cabaran ini.

    “Agak gementar kerana ini merupakan acara besar dan lawan yang kuat tetapi saya amat gembira dan rasa dihormati dapat menyertai pasukan ini sebagai wakil termuda,” katanya kepada wartawan semasa Chef de Mission, Datuk Chong Kim Fatt melawat pasukan skuasy hari ini.

    Pemain berasal dari Kedah itu membuka mata peminat selepas muncul naib juara dalam acara perseorangan dan berpasukan pada Kejohanan Remaja Dunia di Melbourne, Australia minggu lepas. 

    Mengulas mengenai sasaran peribadinya di Hangzhou, Aira berkata beliau mahu meningkatkan prestasi dan berharap mampu memberikan cabaran hebat dalam setiap perlawanan dan membantu pasukan mengumpul mata. – Bernama

    Aira bercakap kepada pemberita selepas menerima lawatan dari Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Asia Hangzhou 2022 di Pusat Skuasy Negara Bukit Jalil kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda