Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Langkah strategik buahkan hasil

    KUALA LUMPUR, 17 JUN – Langkah strategik pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 berhasil apabila membawa kepada persembahan cemerlang pasukan lelaki Malaysia yang muncul juara selepas menewaskan Hong Kong 2-1 dalam pertemuan mendebarkan itu.

    Jurulatih Malaysia, Shahril Shahidan berkata keputusan yang tepat dibuat dalam pemilihan pemain untuk perlawanan akhir sambil beliau menekankan kepentingan memanfaatkan kekuatan setiap pemain termasuk peranan Ng Eain Yow dalam memperoleh mata penting.

    Beliau berkata kunci pada langkah taktikal itu adalah memasukkan pemain muda yang juga pemain nombor ke-130 dunia, Ameeshenraj Chandaran yang dipilih kerana tahap kecergasannya yang tinggi.

    “Kami tahu Eain Yow boleh memberi satu mata, manakala perlawanan Addeen (Addeen Idrakie) akan 50-50. Kami putuskan untuk meletakkan Ameeshenraj kerana beliau mempunyai kelebihan sebagai pemain lebih muda dan mempunyai tahap kecergasan lebih tinggi, memandangkan Tang (Tang Ming Hong) tidak mempunyai tahap kecergasan yang baik.

    “Jika kami meletakkan Syafiq (Mohammad Syafiq Kamal), boleh berlaku 70-30 memihak kepada Hong Kong kerana Syafiq kalah 3-2 dalam dua perlawanan bertemu Henry Lau sebelum ini,” katanya dalam perkongsian Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) kepada media tempatan selepas final yang berlangsung di Dalian, Provinsi Liaoning, China, semalam. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda