Friday, September 20, 2024
35.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aisha Retno mengaku dah berpunya

    Tanpa berselindung penyanyi Aisha Retno mengakui dirinya sudah berpunya dan memiliki seorang teman istimewa.

    Tidak mendedahkan identiti lelaki berkenaan, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Syed Sipulijam, 24, bagaimanapun berkata jejaka itu sangat memahami dan menerima kerjayanya sebagai seorang anak seni.

    “Aisha sudah berpunya atau tidak… asalkan orang itu boleh terima dengan keadaan jadual saya yang padat.

    “Dan dia dah terima, begitulah,” katanya yang dikongsi mStar.

    Aisha berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual audio siar Buka Mulut di Instagram MyAudioPlus.

    Mengulas tentang kejayaan yang dikecapi setakat ini, Aisha turut meluahkan rasa syukur dikurniakan keluarga dan kenalan rapat yang sentiasa menyokong karier seninya.

    Kata Aisha, dia tidak mungkin terus berdiri di tahap ini jika tiada sokongan daripada orang sekeliling.

    “Nak sampai ke titik ini saya rasa saya tak akan berjaya tanpa sokongan ibu bapa saya dan rakan-rakan saya.

    “Bukan jalan yang mudah, tanpa sokongan mereka dan usaha serta minat saya pun selamaa ini… saya tak rasa saya mampu ada di sini,” ujarnya. – Agensi

    Aisha memberitahu dirinya kini sudah berpunya. – Gempak
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda