Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Tontonan ‘Ketipak Ketipung Raya’ naik mendadak kerana pelat Leona

    Walaupun ada mengecam Kasih Leona menyanyikan lagu Ketipak Ketipung Raya namun penyanyi asalnya, Aisha Retno meluahkan rasa syukur apabila versi personaliti media sosial berkenaan tular.

    Memetik laporan mStar, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Syed Sipulijam, 24, memberitahu disebabkan video anak pelakon Azhar Sulaiman itu, jumlah tontonan lagu tersebut mendadak naik.

    “Leona tak buat-buat dan memang dia kelakar. Saya sangat gembira sebab dia memberi impak serta promosi kepada lagu tersebut.

    “Terima kasih kepada Leona sebab kalau tengok statistik yang ditunjukkan label saya, jumlah tontonan dan penstriman mencanak selepas video tersebut tular.

    “Hari tersebut sahaja jumlah tontonan yang baru mencapai 3.4 juta mendadak naik kepada empat juta!,” katanya kepada mStar.

    Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media The Hardest Singing Show yang berlangsung pada petang Selasa.

    Sebelum ini, Leona menerima kritikan netizen apabila video beliau menyanyikan lagu nyanyian Aisha dan Aziz Harun secara pelat tular di aplikasi TikTok.

    Membalas kepada video tersebut, Aisha dengan bersahaja memuat naik video parodi menyanyikan lagu Ketipak Ketipung Raya versi Leona yang turut mendapat perhatian ramai.

    Dalam pada itu, Aisha tidak melenting apabila orang ramai melakukan pelbagai aksi parodi menggunakan lagu tersebut.

    Sebaliknya beliau suka melihat reaksi dan kreativiti pendengar terhadap lagu ciptaannya.

    “Video balasan saya terhadap video viral Leona itu sudah mencecah tujuh juta tontonan, saya boleh simpulkan orang inginkan sesuatu yang seronok dan tak serius sangat.

    “Mungkin sesetengah netizen rasa video balasan itu sebab saya melenting tapi tidak. Saya memang suka tonton benda-benda macam itu,” ujarnya. – Agensi

    Aisha mengakui telatah Leona kelakar dan tidak dibuat-buat. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...