Wednesday, April 23, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aiskrim Coppelia disanjungi

    HAVANA – Pada musim panas, kedai aiskrim seperti Coppelia di Havana menjadi tempat khusus untuk para penduduk dan pelancong.

    “Saya sering datang ke sini kerana mereka menyajikan pelbagai perisa aiskrim,” kata Juliana Peralta, salah seorang pekerja yang sedang bercuti memberitahu kepada Xinhua.

    Barisan yang panjang tidak akan menghalang mereka untuk pergi ke Coppelia, termasuk artis-artis dan pembesar-pembesar. Peralta berkata, “berdiri di dalam barisan juga mempunyai keajaibannya yang tersendiri kerana sementara anda menunggu, anda boleh berbual-bual atau melihat orang lalu-lalang walaupun cuaca panas terik amat sukar untuk bersenang-lenang di taman itu.

    Berdiri bersebelahan dengan Peralta, Caridad Hernandez, 50 tahun yang menyertai perbualan itu mengatakan, beliau datang ke tempat itu sejaknya kecil lagi dan sekarang menyampaikan tradisi kepada generasi akan datang.

    “Sejak beberapa hari ini saya datang bersama anak perempuan saya yang berusia 14 tahun dan kami memerlukan aiskrim sebelum berjalan-jalan,” kata Hernandez. Kedai ini dibuka pada Jun 1966. Coppelia merupakan salah sebuah kedai aiskrim terbesar di dunia dengan memuatkan 700 orang pelanggan dan menawarkan sebanyak 50 perisa.

    Kedai Aiskrim Coppelia di Havana sering dikunjungi pelancong termasuk artis-artis dan pembesar. – Agensi
    Antara perisa aiskirm yang telah dibeli oleh pelanggan Coppelia. – Agensi

    Sejak pembukaannya, Coppelia sangat terkenal sehingga kadangkala mereka perlu berkongsi meja dangan orang asing. Tradisi itu masih digunakan sehingga sekarang. Pensyarah Cuba menganggapnya sebagai tempat kegemaran, termasuk penyanyi Silvio Rodriguez, penyair Victor Cassaus dan Luis Rogelio Nogueras, penyanyi salsa, Juan Formell dan diva kelab sosial Buena Vista, Omara Portuondao merupakan pelanggan tetap mereka.

    Coppelia merupakan ikon Havana yang memenangi anugerah filem Cuba pada tahun 1993 iaitu Strawberry and Chocolate yang diarahkan oleh Tomas Gutierrez Alea dan Juan Carlos Tabio dalam babak pembukaan pertama.

    Seperti mana-mana perniagaan di Cuba, kedai aiskrim telah dilanda krisis ekonomi pada tahun 1990 secara rasmi dikenali sebagai ‘tempoh khas’ sebahagian daripada langkah-langkah mengetatkan tali pinggang.

    Tetapi perniagaan itu telah pulih. Pada bulan April, kedai itu ditutup untuk membuat pengubahsuaian sementara satu juta dolar telah dibelanjakan untuk memodenkan pembangunan aiskrim Copela di mana mereka telah menghasilkan 15 perisa.

    “Ia adalah sebuah penubuhan yang lama dalam sejarah. Berkhidmat kepada orang ramai yang datang ke sini untuk mencintainya dan berkongsi aiskrim yang berkualiti,” kata pengarah kedai aiskrim, Amaury Martinez.

    Setiap hari, pelayan kedai telah menghidangkan 7,000 pelanggan dan 11,000 lebih pelanggan pada hujung minggu, menjadikan aiskrim Cuba Coppelia terus bertahan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda