Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Aiyo, jahatnya mulut – Wawa

    Melampau! Tindakan seorang warganet bertanyakan soalan mengenai penceraian mengundang rasa kurang senang pasangan selebriti Malaysia, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel.

    Berang dengan soalan yang diajukan itu, Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, meminta supaya individu menggunakan nama Mira itu untuk keluar daripada siaran langsung yang dilakukan di aplikasi TikTok itu.

    Malah, Wawa menyifatkan individu yang menulis soalan tersebut sebagai individu bermulut jahat.

    “Aiyo, jahatnya mulut. Mira, awak tidak layak berada di dalam siaran langsung ini. Sila keluar okay,” katanya menurut laporan mStar.

    Rakaman video pertanyaan wanita itu dikongsi semula pengguna akaun @wawacosmetics.my hari ini.

    Wawa bahagia bersama Aeril. – Agensi

    Dalam sedutan klip itu juga Aeril dilihat terkejut dengan soalan yang diajukan warganet berkenaan.

    Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa puas hati dengan respons diberikan Wawa dan Aeril.

    “Puas hati dengar apa yang Wawa cakap dekat Mira.

    “Terkejut dengan reaksi Wawa, padan muka si Mira tu.

    “Padan muka kau Mira. Kau lupa yang kau tengah bertanya dekat orang Sabah,” kata mereka.

    Malah, peminat juga mendoakan agar perkara itu tidak menjadi realiti.

    “Saya minat mereka berdua. Semoga berkekalan.

    “Semoga kamu berdua bahagia sehingga ke syurga dan dimurahkan rezeki,” tulis warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...