Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Barca mara selepas tiga musim

    BARCELONA, 29 NOV – Barcelona bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Porto 2-1 awal pagi tadi dan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas tiga musim, yang menurut jurulatih Xavi sebagai ‘langkah penting’ untuk kelab itu.

    Pemain sayap Brazil, Pepe meletakkan Porto di hadapan tetapi gandingan pemain Barcelona dari Portugal, Joao Cancelo dan Joao Felix,masing-masing berjaya menjaringkan gol untuk menghidupkan perlawanan.

    Bekas pasangan dari Benfica itu menerkam saingan kelab lama mereka untuk memastikan pasukan kendalian Xavi Hernandez tidak akan menghadapi penyingkiran peringkat kumpulan yang memalukan seperti dua musim sebelum ini.

    “Hari ini kami sangat gembira, ia satu langkah penting dalam projek itu, ia sangat positif untuk kelab,” kata Xavi kepada wartawan.

    “Ia penting, pasukan telah berkembang, kami menewaskan pasukan yang sangat bagus, kami sangat berpuas hati,” katanya.

    Aksi Felix semasa Liga Juara-Juara UEFA di Estadi Olimpic Lluis Companys di Barcelona, baru-baru ini. – AFP

    Kekalahan di tangan Shakhtar Donetsk di Hamburg dalam saingan sebelum ini membuatkan Barca menjadi gugup termasuk prestasi kurang memuaskan di dalam liga menambah kegelisahan mereka.

    Biarpun dibolosi terlebih dahulu, Cancelo pantas menyamakan kedudukan dan membantu Felix menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk melakar kemenangan dan menghadiahkan kegembiraan kepada penyokong Barca di Stadium Olimpik itu.

    “Ia adalah perlawanan terakhir dan kami memenanginya. Kami membawa kelab itu ke pusingan 16 terakhir, di mana kami sepatutnya berada,” kata Cancelo kepada Movistar.

    “Apabila apa yang diharapkan tidak menjadi, keyakinan itu tidak sama,” tambahnya.

    Xavi turut melakukan perubahan dalam pasukannya dengan menukar posisi Cancelo ke pertahanan kiri dan menggantikan Oriol Romeu dengan Ilkay Gundogan selepas seri 1-1 Barcelona dengan Rayo Vallecano pada Sabtu lalu yang merupakan antara punca prestasi mereka kurang memuaskan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...