Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ajak, Shahrol kembali bersahabat

    Selepas tiga tahun tidak bertegur sapa, penyampai radio Suria FM, Ajak bersyukur selepas ikatan persahabatannya dengan pelawak Shahrol kembali pulih.

    Ajak atau Mohd Hanafi Razak, 39, berkata, semua masalah yang timbul di antara mereka berjaya diselesaikan dengan baik tanpa campur tangan mana-mana pihak ketiga.

    “Inilah asam garam dalam persahabatan. Sepanjang proses berbaik itu, tiada pihak ketiga masuk campur di antara saya dan Shahrol.

    “Tiada siapa melaga-lagakan dan kami selesaikan secara dewasa. Akhirnya perbalahan tiga tahun ini selesai,” katanya kepada mStar.

    Ajak berkongsi perkara itu ketika sidang media Jelajah Suria Kuasa Dua yang diadakan pada pagi Rabu.

    Ajak dan Shahrul sudah lupakan sengketa lama. – mStar

    Bercerita lanjut tentang perkara itu, Ajak memberitahu tindakan masing-masing menurunkan ego dapat meleraikan semua masalah yang berlaku.

    “Kita perlu turunkan ego sebab benda itu adalah wajar. Jangan fikir masing-masing betul. Kalau gaduh lama pun, tiada siapa yang sebenarnya betul,” ujarnya.

    Terkenang hari pertama mendapat mesej daripada Shahrol, Ajak meluahkan dia berasa terkejut dan seronok serta tidak sabar bertemu rakannya itu.

    “Semasa hari raya, dia nampak video saya dan malam itu dia mesej ajak berjumpa di pejabat. Banyak yang dibincangkan.

    “Kami bersembang dan ingat semula kenangan lama. Saya rasa sebak ketika itu sebab mestilah masih ada rasa sayang,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda