Friday, January 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ajax tamatkan kontrak Nouri

    THE HAGUE, 1 APRIL – Ajax telah menamatkan kontrak bekas pemain berbakat besar Abdelhak Nouri akibat mengalami kecederaan otak yang serius dan dalam keadaan koma selepas rebah tiga musim yang lalu, kelab Amsterdam mengesahkan kelmarin.

    Kelab telah campur tangan menjelang tarikh 1 Julai apabila kontrak itu diperbaharui untuk pemain berusia 22 tahun yang jatuh ketika sesi memanaskan badan dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang kelab Jerman, Werder Breme pada Julai 2017.

    “Ia adalah benar bahawa Ajax telah menamatkan kontrak Abdelhak Nouri,” Ajax berkata dalam kenyataan kepada AFP.

    “Ajax melakukan perkara yang sama kepada kesemua pemain yang bakal menamatkan kontrak pada 1 Julai termasuk Klaas-Jan Huntelaar dan Ryan Babel,” kelab berkata.

    Kedua-dua pemain, Huntelaar dan bekas pemain Liverpool adalah bekas pemain kebangsaan Belanda.

    Dikenali sebagai Appie oleh penyokong dan rakan sepasukan, Nouri menyertai kelab Amsterdam ketika berusia tujuh tahun dan meningkat menjadi pemain remaja sensasi.

    Pada tahun 2018, Ajax bersetuju untuk membiayai penjagaan kesihatan untuk pemain tetapnya akibat kecederaan yang dialami oleh pemain itu.

    Keluarganya memfailkan saman ke atas kelab berkenaan disebabkan tidak mendapat pembiayaan yang mencukupi. – AFP

    Bekas pemain remaja sensasi, Abdelhak Nouri, tidak lagi akan menyertai kelab Ajax setelah kontraknya ditamatkan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda