Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Akim kecewa Aqeesh tersingkir

    Anak didik kepada penyanyi Akim Ahmad, Aqeesh Aleeya terpaksa akur dengan penyingkirannya di konsert minggu keenam Terpaling Juara selepas berada di tempat tercorot bersama Aqmal yang merupakan anak didik kepada kapten Naim Daniel.

    Bagaimanapun, Akim selaku kapten mengakui kecewa dengan keputusan penyingkiran tersebut memandangkan prestasi konsisten yang ditunjukkan oleh anak didiknya sebelum ini.

    Akim berharap agar anak didiknya itu bertahan sehingga ke pusingan separuh akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

    “Saya rasa Aqeesh patut ada lagi untuk minggu hadapan dan bersaing di pusingan separuh akhir. Sebelum ini, dia pernah berada di tangga dua teratas, jadi saya terkejut dengan penyingkiran anak didik saya di minggu keenam,” katanya.

    Sementara itu, Akim yakin bakat yang dimiliki Aqeesh luar biasa kerana mampu menari sambil menyanyi.

    Malah, bakat yang dimiliki oleh anak gadis berusia 18 tahun itu juga turut diakui oleh juri tetap, Datuk Hattan dan Fauziah Latiff.

    “Aqeesh ada bakat yang besar dan luar biasa. Perjalanannya masih panjang dan boleh meneroka lagi macam-macam perkara.

    “Selain sering menerima pujian dari juri tetap Datuk Hattan dan Fauziah Latiff, kebolehannya menari sambil menyanyi juga dilihat berpotensi besar untuk mengikut jejak langkah Stacy.

    “Malah, kehadirannya itu sekaligus memberikan saingan sengit kepada peserta lain,”jelasnya.

    Terdahulu, pertarungan bagi minggu separuh akhir yang akan berlangsung pada 2 Oktober nanti akhirnya terjawab apabila Shaz, Rahmad Mega, Aqmal dan Hazami berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya. – Agensi

    Akim Ahmad percaya Aqeesh miliki bakat luar biasa. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...