Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktivis bakar Al-Quran dipenjara empat bulan

    STOCKHOLM, 5 NOV – Mahkamah Sweden hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas aktivis sayap kanan Sweden-Denmark atas dakwaan menghasut kebencian etnik dalam dua protes pada 2022, termasuk pembakaran naskhah Al-Quran.

    Rasmus Paludan mencetuskan rusuhan di Sweden pada 2022 apabila dia mengadakan lawatan di negara tersebut dan secara terbuka membakar salinan Al-Quran.

    Pada Ogos, pihak pendakwa mendakwanya atas tuduhan ‘hasutan terhadap kumpulan etnik’ berhubung protes di bandar Malmo pada April 2022, di mana dia mencemarkan dan membakar kitab suci umat Islam sambil mengeluarkan kenyataan menghina terhadap umat Islam.

    Dia juga menghadapi tuduhan serupa dalam satu lagi insiden yang melibatkan kenyataan menghina terhadap orang Arab dan Afrika. –AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda