Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Aktiviti lukis mural sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Dengan hasrat untuk menyediakan platform bagi komuniti kreatif mengetengahkan bakat dan kemahiran mereka, Boustead Sdn Bhd, pengedar tunggal automobil Suzuki di Brunei, memulakan aktiviti melukis mural bersama pelajar-pelajar SMARTER Brunei pada dinding luar Dewan Pameran Suzuki di Gadong, hari ini.

    Suzuki Wall Makeover telah menjemput profesional dan amatur untuk mereka mural The Best Wall Makeover Design, berasaskan kepada tema Young, Love & Joy dan apabila pertandingan berakhir pada 30 April lalu, rekaan oleh Awang Muhd Nur Huda Firdaus bin Jamil telah dipilih sebagai rekaan terbaik bagi Wall Makeover.

    Sehubungan itu, Sketch One Studio telah memenangi kontrak dengan Suzuki Brunei untuk menghasilkan lukisan mural dan mereka turut menjadi tenaga pengajar kepada kanak-kanak dari SMARTER Brunei yang dijemput untuk sama-sama melukis mural berkenaan.

    Pengurus Pemasaran Suzuki, Boustead Sdn Bhd, Adehelmie Jaafar dalam kata alu-aluannya berkata, projek mural berkenaan bermula pada April lalu bersesuaian dengan Hari

    Kesedaran Autisme Sedunia di mana projek itu merupakan usaha Suzuki Brunei untuk lebih terlibat dengan komuniti dan menyumbang kepada lebih banyak aktiviti tanggungjawab sosial korporat serta penglibatan komuniti.

    Oleh itu, tambahnya, lahir idea untuk menceriakan lagi ruang dinding hadapan cawangan Suzuki Gadong menerusi penghasilan mural dengan kerjasama organisasi seperti SMARTER Brunei, UnikLearn dan Sketch One Studio.

    Mural yang dijangka selesai pada 4 Jun nanti, jelas Adehelmie, diharap akan memberikan keceriaan dan kebanggaan kepada semua yang terlibat termasuk kanak-kanak dan kakitangan dari SMARTER Brunei. Aktiviti melukis mural itu menyaksikan penyertaan kanak-kanak dan kakitangan dari SMARTER Brunei termasuk pihak pengurusan dan kakitangan dari Boustead Sdn Bhd dengan bimbingan tenaga pengajar dari Sketch One Studio.

    Acara Wall Makeover itu diadakan bersempena dengan Promosi Home Makeover yang bermula pada pertengahan Februari lalu dan berakhir penghujung bulan ini di mana pelanggan yang membuat pembelian mana-mana kenderaan Suzuki berpeluang untuk memenangi sebuah rumah kabin dan baucar Urban Deco Furniture.

    Kakitangan Boustead Sdn Bhd dan kanak-kanak dari SMARTER Brunei mengadakan aktiviti melukis mural pada dinding luar Dewan Pameran Suzuki di Gadong yang bertujuan untuk mengetengahkan bakat dan kemahiran selain untuk menyediakan platform bagi komuniti kreatif.
    Kanak-kanak dari SMARTER Brunei serta pihak pengurusan dan kakitangan Boustead Sdn Bhd menyertai aktiviti melukis mural semasa acara Suzuki Wall Makeover bersama SMARTER Brunei.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...