Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Sekolah Rendah Mentiri, Kluster 2 di bawah Program Sahsiah tidak ketinggalan memperingati Hari Braille Sedunia yang disambut setiap 4 Januari, dengan mengadakan pelbagai aktiviti, hari ini.
Aktiviti-aktiviti berkenaan adalah bagi memberikan pengalaman berharga kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam memberi sokongan Hari Braille Sedunia.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah memadankan papan bergambar tanpa melihat, gambar berantai melalui deria tangan dan menukar huruf Braille ke huruf biasa.
Selain itu, guru-guru dan murid-murid yang terlibat juga berpeluang mencetak ibu jari pada kain sebagai tanda sokongan di samping pelbagai aktiviti lain.