Oleh Daniel Lim
BELAIT, 3 APRIL – Dengan para pelajar memulakan cuti persekolahan, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan menganjurkan pelbagai aktiviti bermula hari ini.
Hari pertama menyaksikan kanak-kanak dari seluruh kampung berkenaan mengunjungi premis perpustakaan untuk menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan menarik yang turut membantu melatih dan mengembangkan kemahiran sosial dan pemikiran mereka semasa mereka berinteraksi dan belajar bersama.
Di samping itu, ibu bapa dan penjaga yang membawa anak-anak ke perpustakaan itu juga dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan.
Perpustakaan itu dijadualkan untuk menjalankan lebih banyak aktiviti dalam beberapa hari akan datang, dengan setiap hari kecuali Jumaat, Ahad dan cuti umum, membawa pengalaman dan aktiviti baharu untuk pelawat daripada semua peringkat umur sehingga 15 April.
Ia diharap dapat membantu menyediakan platform untuk kanak-kanak, serta ibu bapa dan penjaga untuk meluangkan masa bersama.
Maklumat lanjut mengenai aktiviti yang diadakan di perpustakaan tersebut boleh melayari media sosial rasmi di Instagram dan Facebook, @perpustakaandbpkgpandan.