Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti sukan keluarga isi masa cuti persekolahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Dalam mengambil kesempatan cuti persekolahan hujung tahun 2022, sebuah keluarga telah mengadakan aktiviti Sukan Keluarga yang diikuti dengan sambutan ulang tahun dan Doa Selamat di Urban Villa, Kampung Kiulap, baru-baru ini.

    Seramai 31 orang ahli keluarga Pengiran Osman bin Pengiran Damit dan Hajah Norsiah binti Haji Chuchu menghadiri acara berkenaan yang merupakan aktiviti tahunan keluarga tersebut dengan tujuan untuk mengisi masa lapang pada setiap hujung tahun.

    Awang Shamsul Bahreen bin Haji Ahmad yang merupakan anak menantu keluarga Pengiran Osman, ketika dihubungi pemberita berkata bahawa sukan keluarga bagi 2022 sudah lama dirancang akan tetapi disebabkan penularan wabak COVID-19 ia terpaksa ditunda.

    “Alhamdulillah, pada tahun ini kami dapat merasakan kembali kebahagiaan, kegembiraan dan nilai kekeluargaan,” tambahnya.

    Menurutnya, ia diadakan sempena cuti persekolahan 2022 bagi mencapai hasrat bercuti di dalam negara sahaja.

    Beliau juga berkata, selaku wakil ahli keluarga berharap dengan adanya acara berkenaan dapat mendidik anak-anak supaya berdikari, berdisiplin, bekerjasama dan berbuat baik.

    Dalam hal kesukanan juga, anak-anak mengetahui serba sedikit tentang permainan sukan pada masa dulu dan kini.

    Antara acara sukan yang disusun ialah perlawanan menukul cawan plastik, mengisi air ke dalam botol kosong, menyambung gelang getah, mengalih biji kacang, meniup lilin dan banyak lagi.

    Ahli keluarga Pengiran Osman dan Hajah Norsiah bergambar ramai semasa aktiviti Sukan Keluarga, baru-baru ini.
    Antara aktiviti yang diadakan semasa Sukan Keluarga tersebut.
    Antara aktiviti sukan keluarga yang diadakan anjuran ahli keluarga Pengiran Osman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda