Thursday, March 20, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti tingkat kesedaran kesihatan warga emas

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Unit Kesihatan Warga Emas, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Pekan Tutong telah mengadakan aktiviti Stay Active Day bagi warga emas di Daerah Tutong.

    Aktiviti tersebut dibantu oleh pensyarah dan penuntut dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan turut disertai oleh seramai 60 orang ahli PKWE Daerah Tutong.

    Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan di bawah Program Kesihatan Warga Emas yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga emas mengenai isu kesihatan seperti penyakit-penyakit tidak berjangkit, penyakit penuaan, amalan cara hidup sihat serta mempromosikan perkhidmatan kesihatan yang sedia ada.

    Di samping itu, ia bertujuan untuk memperkasa warga emas dalam mengamalkan cara hidup sihat secara berterusan.

    Selain itu, aktiviti yang diadakan pada sebelah pagi itu adalah untuk menyeru para warga emas bagi sama-sama terlibat dan mengikuti cabaran BN on the Move dengan menggunakan aplikasi BruHealth.

    Antara kegiatan yang dikendalikan termasuk aktiviti berkumpulan bermula dengan mencari pas masuk di tempat tersembunyi.

    Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyelesaikan semua misi di kelima-lima stesen yang disediakan seperti menjawab kuiz mengenai maklumat kesihatan dan seterusnya menyelesaikan cabaran seperti Pass the Ball, Build Up Tower, Walk Together, Take Care of Me dan Guess What I Did?.

    Setiap aktiviti atau cabaran dilakukan mempunyai makna tersendiri, di mana ia menguji minda para peserta untuk fokus dengan maklumat yang disampaikan.

    Antara kegiatan yang disertai oleh ahli PKWE Daerah Tutong semasa aktiviti Stay Active Day. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda