Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Al Ghazali tonton konsert Coldplay di London

    Tidak hanya di Malaysia, tiket konsert kumpulan Coldplay di Jakarta, Indonesia turut habis terjual dalam tempoh sejam sehingga ramai meluahkan rasa kecewa kerana gagal membeli tiket.

    Penyanyi Al Ghazali yang juga anak kepada Ahmad Dhani turut gagal mendapatkan tiket konsert itu namun ia bukan satu masalah besar buatnya.

    Ini kerana Al Ghazali sudah pun membeli dua tiket konsert Coldplay di London kerana kebetulan dia memang ingin ke negara tersebut.

    “Sebenarnya saya sudah beli tiket menonton konsert itu di London sudah lama. Saya tidak begitu bimbang bila tak dapat beli tiket persembahan di Jakarta,” katanya.

    Al Ghazali juga mahu menonton konsert itu dalam suasana berbeza dan berharap dapat berseronok melihat aksi kumpulan kesayangannya itu beraksi.

    Coldplay bakal mengadakan konsert di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta pada 15 November. – Agensi

    Al Ghazali pilih tonton konsert Coldplay di London. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...