Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Alaphilippe memecut ke arah kemenangan

    LA CHAISE-DIEU, PERANCIS, 6 JUN – Julian Alaphilippe dari Perancis memenangi peringkat kedua perlumbaan Criterium du Dauphine kelmarin dengan rakan senegara Christophe Laporte yang menyarung jersi kuning sebagai pendahulu.

    Bekas juara dunia dua kali itu membuat pecutan akhir untuk meraih kemenangan kedua musim ini di hadapan juara Olimpik, Richard Carapaz dan Natnael Tesfatsion dari Eritrea selepas perjalanan sejauh 167.5km dari Brassac-les-Mines ke La Chase-Dieu, biara Benedictine di Auvergne, tengah Perancis.

    “Saya mempunyai kaki yang bagus, saya melihat semua orang agak tertekan dan saya melakukan usaha saya pada masa yang tepat,” kata Alaphilippe yang gembira.

    Pelumba Jumbo-Visma Laporte, yang tidak mementingkan diri sendiri setelah memberikan kemenangan kepada rakan sepasukan dari Denmark, Jonas Vingegaard, juara bertahan Tour de France, terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

    Laporte memegang jersi kuning tepat di hadapan Alaphilippe, yang mempunyai masa yang sama. Alaphilippe gembira dengan kemenangan yang diperolehnya kurang daripada sebulan sebelum Tour de France bermula.

    “Beberapa bulan kebelakangan ini terasa lama tetapi saya dapat terus bersabar dan bekerja keras. Kemudian awda perlu menang. Ia sudah selesai dan saya berasa gembira,” kata pemain berusia 30 tahun itu selepas kemenangan kedua musim ini dan kemenangannya yang ketiga keseluruhan dalam Dauphine.

    Pelumba Soudal Quick-Step itu, yang dilanda pelbagai kemalangan dan penyakit, semakin berada di dalam perhatian bos pasukannya, Patrick Lefevere.

    “Sudah tentu saya ragu-ragu tetapi saya dapat menilai semula diri saya dan tidak pernah berhenti percaya,” katanya. Alaphilippe, yang terlepas Tour de France tahun lalu kerana kecederaan, menegaskan dia tidak akan hilang fokus.

    “Saya tidak akan terlalu berbangga, awda perlu bertenang, tiada tekanan,” katanya. – AFP

    Alaphilippe meraikan kejayaan di atas podium selepas memenangi peringkat kedua perlumbaan berbasikal Criterium du Dauphine edisi ke-75, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...