Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Alcaraz kembali beraksi

    PARIS, 26 OKT – Pemain nombor dua dunia dari Sepanyol, Carlos Alcaraz mengumumkan kelmarin bahawa dia akan mengambil bahagian dalam Masters Paris dan Final ATP selepas pulih daripada kecederaan.

    “Saya ada berita baik! Saya berasa lebih baik setiap hari dan saya akan bermain di Bercy, Paris dan berada di Turin untuk Final ATP! Teruja untuk menamatkan tahun ini dengan cemerlang!” katanya di X.

    Alcaraz akan membuat kemunculan semula di ibu negara Perancis pada kejohanan Masters 1000, yang akan bermula pada 30 Oktober.

    Dia juga akan kembali tepat pada masanya untuk beraksi dalam acara ATP, yang akan berlangsung di Turin, Itali pada 12 November.

    Juara Wimbledon, Alcaraz tidak bermain sejak Shanghai Masters pada awal Oktober disebabkan oleh kecederaan bahagian belakang bawah dan kaki kiri. Pada 19 Oktober, dia telah mengumumkan bahawa dia akan terlepas acara ATP di Basel kerana dia memerlukan rawatan tetapi berkata dia ‘berharap untuk kembali tidak lama lagi’. – AFP

    Reaksi Alcaraz dan Grigor Dimitrov selepas perlawanan pusingan 16 perseorangan lelaki ATP Shanghai Masters di Shanghai, timur China pada 11 Oktober. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...