Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Wembanyama gagal tunjuk taring

    SAN ANTONIO, 26 OKT – Pemain berbakat Perancis, Victor Wembanyama menjaringkan 15 mata untuk San Antonio Spurs dalam penampilan sulung NBA yang dinanti-nantikan kelmarin namun jaringan triple-double Luka Doncic merosakkan permulaannya apabila Dallas menewaskan Spurs 126-119.

    Pilihan terbaik NBA Draft tahun ini melakukan banyak kesalahan sepanjang separuh masa kedua, membuat enam dari sembilan percubaan tepat, tiga daripada lima percubaan dari jarak three-point, dengan lima rebound, dua assist, dua steal dan satu block dalam tempoh 23 minit dalam perlawanan NBA pertamanya.

    “Terlalu banyak emosi. Ia akan menjadi sempurna jika kami menang,” kata Wembanyama.

    “Malam ini benar-benar menandakan permulaan. Ia masih satu impian, saya berharap dapat mengekalkan semangat itu.”

    Pemain pertahanan dari Slovenia, Doncic mencatatkan 33 mata, 14 rebound dan 10 assist untuk Mavericks, yang menjaringkan lapan mata terakhir untuk kemenangan itu.

    “Semuanya bermula dengan pertahanan kami,” kata Doncic. “Kami mempunyai pertahanan yang baik selama tiga suku, terutamanya pada penghujung permainan.”

    Wembanyama, pemain luar biasa berusia 19 tahun yang dianggap bakal menjadi prospek NBA terbaik sejak LeBron James, menggunakan ketinggian 2.24 meter, kepantasan yang mengejutkan dan sentuhan jaringan luar untuk mempamerkan kemahirannya dalam perlawanan kempen pertamanya.

    “Saya gembira. Ia mewakili tahap permainan saya,” kata Wembanyama mengenai persembahannya. “Namun ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Tetapi saya harap apa yang saya lakukan seterusnya akan menjadikannya istimewa.” – AFP

    Wembanyama melompat untuk menghalang percubaan oleh pemain Mavericks, Kyrie Irving semasa perlawanan di Pusat AT&T di San Antonio, Texas pada 25 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...