BASEL, SWITZERLAND, 27 OKT – Juara nombor satu dunia, Carlos Alcaraz mara ke pusingan suku akhir yang ke-11 pada musim ini dengan kemenangan selesa menentang Botic van de Zandschulp di Swiss Indoors, kelmarin.
Pemain berusia 19 tahun itu menewaskan pihak lawan yang berada di ranking ke-35 dunia dengan catatan 6-4, 6-2 untuk meneruskan pemburuan gelaran juara yang keenam dalam tahun ini.
Alcaraz bakal bertemu rakan senegara, Pablo Carreno Busta atau pemain tuan rumah, Dominic Stricker dalam slot lapan terakhir.
Juara Terbuka Amerika Syarikat itu berdepan cabaran sengit pada set pembukaan dan pada awal set kedua selepas pemain dari Belanda, Van de Zandschulp tidak memberikan permainan yang mudah.
Namun Alcaraz berjaya menanganinya dan menang bergaya dengan straight-set. – AFP
