Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Alcaraz terlepas aksi ATP Basel

    PARIS, 19 OKT – Juara Wimbledon, Carlos Alcaraz hari ini berkata dia akan melepaskan peluang menyertai acara ATP minggu depan di Basel selepas mengalami kecederaan belakang dan kaki.

    “Malangnya saya tidak dapat bermain di Basel tahun ini,” tulis pemain berusia 20 tahun itu di Instagram sambil menambah bahawa dia masih berharap untuk melengkapkan musimnya.

    “Saya mempunyai masalah dengan plantar fascia di kaki kiri dan keletihan otot di bahagian bawah belakang saya yang memerlukan rawatan supaya saya boleh bermain sepanjang musim ini.

    “Saya harap dapat berjumpa dengan awda semua tidak lama lagi.”

    Alcaraz, yang berada di ranking nombor dua dunia, telah bermain dalam 72 perlawanan dalam Jelajah ATP tahun ini, meraih enam kejuaraan, yang terkini adalah di Wimbledon pada Julai di mana dia menewaskan Novak Djokovic dalam perlawanan akhir lima set.

    Dia tewas pada separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat, mara ke peringkat separuh akhir di Beijing sebelum terkeluar daripada Shanghai Masters minggu lalu dalam pusingan 16 terakhir.

    Alcaraz telah mendaftar untuk bermain di Paris Masters mulai 30 Oktober dan telah pun layak ke Pusingan Akhir ATP di Turin yang bermula pada 12 November. – AFP

    Reaksi Alcaraz selepas hilang satu mata kepada Grigor Dimitrov dari Bulgaria dalam kejohanan tenis Shanghai Masters di Pusat Tenis Qizhong Forest Sports City di Shanghai, China, 11 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...