Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alga toksik punca ikan mati

    BERLIN, 30 SEPT – Jerman berkata hari ini kematian ikan besar-besaran di sungai Oder merupakan ‘bencana alam sekitar buatan manusia’, menyalahkan pertumbuhan alga toksik dicetuskan oleh pengenalan garam di perairan itu.

    Membentangkan laporan mengenai bencana yang melihat sekurang-kurangnya 300 tan ikan mati dikeluarkan dari sungai di Jerman dan Poland pada musim panas ini, kementerian alam sekitar Jerman berkata kemungkinan besar punca adalah ‘peningkatan mendadak dalam kemasinan air.’

    “Garam yang diperkenalkan membawa kepada pertumbuhan alga air payau yang beracun kepada ikan,” katanya.

    Bagaimanapun, ‘disebabkan kekurangan maklumat yang ada, pakar terpaksa meninggalkan butiran mengenai apa yang menyebabkan kandungan garam yang tinggi,’ tambahnya.

    Menteri Alam Sekitar Jerman, Steffi Lemke berkata adalah jelas ‘aktiviti manusia’ yang patut dipersalahkan.

    Pihak berkuasa Poland semalam mengeluarkan laporan berasingan yang turut menyalahkan alga toksik atas kematian ikan.

    Laporan Spiegel dari Poland berkata siasatan Greenpeace menunjukkan paras garam yang tinggi dalam lombong tembaga di bandar Glogow mungkin menyumbang kepada bencana itu. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Michael Tautenhahn, penolong ketua taman negara Unteres Odertal, mengambil gambar ikan yang mati di tebing sungai Oder di Schwedt, timur Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda