Demikian tutur pelakon, Sari Yanti selepas anak sulungnya meraih anugerah kecemerlangan akademik.
Aktres siri popular, Kisah Kaisara itu berkongsi foto di samping anak lelakinya, Barr Al-Aliy, 13, yang lengkap berpakaian akademik iaitu jubah dan mortarboard.
Sari Yanti meraikan kejayaan ditempa anaknya dengan kata-kata positif menerusi hantaran di Instagram.
“Sekejap je dah nak tingkatan satu. Dia dapat anugerah hari ni. Anugerah kecemerlangan akademik. Tahniah anak mama. Syukur alhamdulillah,” titipnya.
Barr Al-Aliy adalah anak Sari Yanti bersama bekas suami, Mohd Edy Casmadi Che Hussin. Selain Barr, pelakon Jenaka Kampung Kalut itu memiliki seorang lagi cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Baasit Al-Haq, 12.
Kejayaan Barr mendapat perhatian warganet yang tidak henti menitipkan ucapan tahniah.
Tidak kurang juga memuji kecantikan dan awet muda Sari Yanti yang tampak seolah-olah kakak dengan Barr.
“Kacaknya, semoga membesar menjadi anak yang soleh. Pelindung adik-adik.
“Tahniah. Semoga berjaya kehidupan dan akhirat amin.
“Tahniah Sari Yanti dan anak sulung, moga terus cemerlang dunia dan akhirat.
“Adik ke tu hihi, nampak muda je mamanya.
“Macam adik beradiklah. Mak masih muda anak dah bujang.”
Selain Barr dan Baasit, Sari Yanti yang mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin pada 25 Februari 2017 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 21 bulan. – Agensi