Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alieff terkejut tewaskan Sofyank

    Melihat nama Sofyank tersenarai dalam kelompok Top 5 bagi kategori Content Creator Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 membuatkan YouTuber, Alieff Irfan tidak menyimpan harapan untuk menang.

    Alieff terkejut, pada masa sama, bersyukur apabila rezeki berpihak kepadanya apabila diumumkan sebagai pemenang trofi Content Creator Popular, ABPBH 35 pada malam kemuncak yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, baru-baru ini.

    Lantas, Alieff yang membangunkan saluran YouTube sejak 2016 itu menyifatkan pencapaiannya mengalahkan Sofyank adalah rezeki anak kembarnya yang lahir pada September tahun lalu.

    “Saya rasa kemenangan ini adalah rezeki anak. Saya baru menimang cahaya mata kembar pada September tahun lalu, Alhamdulillah.

    “Jujurnya, saya langsung tidak menjangkakan kemenangan ini kerana saya pernah tewas di tangan Aqil Zulkiflee menerusi kategori YouTuber Popular, ABPBH 34.

    Alieff menyifatkan kemenangan berkat usaha dan kesungguhan pasukan menghasilkan kandungan terbaik. – mStar

    “Tahun ini, saya tengok dalam kelompok Top 5, ada Sofyank yang berjaya pada peringkat antarabangsa dan idola ramai. Saya berasakan Sofyank adalah pesaing terhebat.

    “Jadi, saya tidak meletakkan harapan tinggi dan bila saya tahu menang, memang terkejut. Saya sifatkan semua ini adalah rezeki,” katanya kepada BH Online.

    Jejaka berusia 26 tahun berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu tidak hanya menewaskan Sofyank, tetapi juga pencipta kandungan Arieff Yong, DD Chronicle dan Qawiyaro.

    Alieff mula aktif menghasilkan video sejak 2016 dan kini membangunkan salurannya bersama 33 pekerja.

    Akui Alieff, kejayaannya itu juga berkat usaha dan kesungguhan pasukannya menghasilkan kandungan terbaik.

    “Selain keluarga yang menyokong mencari rezeki, kekuatan saya adalah pasukan. Saya bermula pada 2016 bukannya dengan usaha yang mudah, saya bergelut dengan pelbagai perkara,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda