Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alif Satar dapat ilham nama anak ketika umrah

    PETALING JAYA – Penyanyi Alif Satar memilih nama Ariana Mecca untuk anak perempuan keduanya yang selamat dilahirkan pada pukul 6.45 pagi, Khamis lalu.

    Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 27, berkata, dia dan isterinya, Sha Dila Halid mendapat ilham nama tersebut ketika menunaikan ibadah Umrah pada November lalu.

    “Sebenarnya saya dan isteri lama berfikir nama yang sesuai untuk anak kedua namun Alhamdulillah kami mendapat ilham untuk menamakannya Ariana Mecca ketika mengerjakan Umrah.

    “Ariana membawa maksud kehidupan manakala Mecca itu bersempena dengan nama kota Mekkah ketika kami mendapat ilham menamakannya,” katanya.

    Terdahulu, Alif memberitahu isterinya selamat melahirkan Ariana secara normal di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

    Alif bersama anak keduanya, Ariana Mecca.
    Alif bersama anak keduanya, Ariana Mecca.

    Anak perempuan yang dilahirkan secara normal itu memiliki berat 3.41 kilogram.

    “Alhamdulillah keadaan isteri dan anak kami berada dalam keadaan baik.

    “Terima kasih atas semua doa dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan peminat,” katanya.

    Alif dan Sha Dila berkahwin pada 15 September 2014 dan mereka turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Alisha Anugerah yang kini berusia dua tahun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda