Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aliff Syukri disergah lelaki warga asing

    Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi detik mencemaskan apabila diganggu seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di tempat awam.

    Cerita Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, dia melihat individu dipercayai warga asing itu memegang pisau di tangan kiri dan mahu melakukan gangguan seksual terhadap dirinya.

    “Mohon berhati-hati, sumpah saya takut!

    “Siapa yang pernah kena macam saya ni? saya takutlah kenapa banyak sangat orang asing macam ni.

    “Dia siap bawa pisau kat tangan kiri dia,” katanya.

    Aliff disergah lelaki warga asing ketika hendak turun kenderaan. – mStar

    Menurut mStar, Aliff berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya pada malam Selasa.

    Kejadian tersebut dipercayai berlaku di The Strand, Kota Damansara, Selangor.

    Tambah Aliff lagi, lelaki berkenaan menyergah dirinya sewaktu mahu turun kenderaan daripada parkir.

    “Saya terkejut sangat tiba-tiba bila saya nak turun daripada parkir kereta ada orang daripada luar datang sergah kereta saya,” ujarnya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet risau dan meminta Aliff supaya berhati-hati di masa akan datang.

    “Kunci pintu rapat-rapat, bahaya tu… takut pula dia mengamuk dekat cermin.

    “Jaga-jaga Aliff, takut orang tu dah perhati lama gerak geri Aliff.

    “Takutnya, macam-macam kes sekarang boleh berlaku,” tulis warganet di ruangan komen. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda