Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Fahmi Fadzil minta SKMM teliti video kontroversi Aliff Syukri

    Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fazdil telah meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan sekiranya perlu terhadap usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri.

    Memetik laporan mStar, tindakan tersebut susulan penularan video Aliff sebelum ini mempromosikan lagu raya baharunya berjudul Love Raya yang dikatakan mengandungi unsur keterlaluan serta menghina kesucian bulan Ramadan.

    “Saya telah tonton sebahagian video di media sosial dan menerima banyak komen dari netizen untuk mengambil tindakan. Saya dimaklumkan video tersebut telah pun dipadamkan.

    “Saya telah meminta SKMM untuk meneliti dan mengambil tindakan bersesuaian. Jika ada keperluan untuk lakukan siasatan SKMM boleh berbuat demikian,” katanya kepada pemberita.

    Fahmi ditemui ketika Majlis Apresiasi Bersama Media yang berlangsung di Kuala Lumpur, kelmarin.

    Dalam masa sama, Fahmi turut menasihati mana-mana pempengaruh untuk meneliti setiap kandungan yang dimuat naik agar ia bersesuaian bagi tontonan umum terutama kanak-kanak.

    “Sebagai influencer mereka perlu meneliti kandungan yang dihasilkan secara mendalam. Kami (kerajaan) risau kandungan sebegini boleh memberi kesan negatif terutama kepada kanak-kanak.

    “Pertemuan juga akan diadakan bagi membuat keputusan terutamanya untuk memastikan media sosial selamat digunakan,” jelasnya.

    Isu melibatkan Aliff sebelum ini menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik video teaser lagu berjudul Love Raya.

    Video berkenaan memaparkan tarian yang dilihat agar keterlaluan dan tidak sesuai ditonton terutama di bulan Ramadan.

    Selepas menerima banyak kecaman, Aliff bagaimanapun bertindak memadam semula video berkenaan dan memberitahu pelancaran lagu baharu hanya sekadar gimik.

    Aliff turut memohon maaf selain meminta mana-mana pihak memadam salinan video tersebut. – Agensi

    Fahmi Fadzil nasihat semua pempengaruh teliti kandungan media sosial. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...