Tuesday, February 4, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aliff Syukri tiada lagu raya tahun ini

    Usahawan sensasi Malaysia, Datuk Seri Aliff Syukri kecewa apabila hasrat ingin mengeluarkan lagu raya pada tahun ini terpaksa ditangguhkan.

    Memetik laporan mStar, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata komposer bertanggungjawab menghasilkan lagunya berpaling tadah apabila menyerahkan karya untuk beliau kepada kepada artis lain.

    “Maafkan saya awak. Komposer saya buat tahi. Curi lagu saya kasi dekat artis lain.

    “Maaf semua sebab saya kecewakan korang. Saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ini,” katanya.

    Aliff berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Selasa.

    Dalam pada itu, beliau juga kecewa apabila bakatnya tidak dihargai di Malaysia malah bertekad ingin membawa diri ke negara luar.

    beliau juga percaya peminat-peminatnya bakal kecewa apabila beliau tidak menghasilkan lagu raya tahun ini.

    “Sebab saya kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat saya.

    “Saya terpaksa membawa diri untuk menunjukkan bakat saya keluar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya.

    “Maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu raya ini,” luahnya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap ia merupakan satu perkhabaran yang baik.

    Sebelum ini, Aliff memaklumkan beliau bakal berkerjasama dengan komposer lain bagi menghasilkan lagu rayanya selepas Amy Ukays menarik diri.

    Untuk rekod, Aliff pernah bekerjasama bersama Amy dalam beberapa buah lagu raya seperti La la Raya, Kelepok Raya dan Cak Cun Cak Raya. – Agensi

    Aliff Syukri sentiasa hiburkan rakyat Malaysia dengan lagu rayanya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda