Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Aligator telan penyumbat tab mandi diselamatkan

    NEW YORK, 24 FEB – Aligator yang diselamatkan dari tasik sejuk di Bandar New York pada hujung minggu lalu telah menelan penyumbat tab mandi, menurut pihak berkuasa.

    Aligator betina sepanjang 1.5 meter itu kelihatan lesu dan tidak bermaya akibat terdedah kepada cuaca sejuk melampau apabila ia ditemui di Tasik Prospect Park di Brooklyn pada Ahad, menurut jurucakap untuk Zoo Bronx, di mana aligator itu ditempatkan.

    Selepas dikesan oleh pekerja penyelenggaraan taman, aligator itu dikeluarkan dari tasik dan dibawa ke Pusat Jagaan Haiwan Bandar New York sebelum dibawa ke Zoo Bronx.

    Pegawai zoo berkata aligator itu terlalu lemah untuk makan dan diberi makanan menerusi tiub.

    Pada 6.8 kilogram, aligator itu amat kurus-kering, memandangkan aligator sepanjang itu harus mempunyai berat 13.6 hingga 15.9 kilogram. – AP

    Gambar serahan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar menunjukkan imbasan sinar-X seekor aligator yang ditemui di sebuah tasik di New York Prospect Park telah menelan penyumbat tab mandi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...