Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sempadan Pakistan-Afghanistan ditutup semula

    PESHAWAR, 24 FEB – Pakistan telah menutup laluan sempadan utama bersama Afghanistan beberapa jam selepas ia dibuka semula kelmarin, menurut kenyataan pegawai, dalam kemelut terbaharu penutupan persimpangan Torkham yang bermula awal minggu ini.

    Pengumuman mengenai sempadan, yang merupakan laluan perdagangan utama bagi Afghanistan dan Pakistan, telah menambah ketegangan antara kedua-dua buah negara, yang berkongsi sempadan yang dibelenggu kekacauan dan keganasan.

    Taliban, yang memerintah Afghanistan, Ahad lalu menutup sempadan tersebut, selepas mendakwa Islamabad tidak mematuhi perjanjian dengan Kabul bagi membenarkan pesakit dari Afghanistan dan penjaga mereka untuk memasuki Pakistan tanpa dokumen perjalanan bagi tujuan penjagaan kesihatan.

    Pada Isnin, pasukan tentera Taliban Afghanistan dan pengawal sempadan Pakistan berbalas tembakan, sehingga mencederakan seorang askar Pakistan.

    Pada Rabu, Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Mohammad Asif dan Ketua Perkhidmatan Rahsia, Leftenan Jeneral Anjum Nadeem, membuat perjalanan ke Kabul dan mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan Taliban bagi membincangkan isu sempadan. – AP

    Trak dipenuhi bekalan untuk Afghanistan terkandas di terminal di lebuh raya selepas pemerintah Taliban Afghan menutup lintasan sempadan utama di Torkham, Landi Kotal di sempadan Afghan pada 21 Februari 20223. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...