Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Alonso nafi hubungan dengan Mercedes

    LONDON, 13 FEB – Fernando Alonso berkata beliau ‘tertarik’ kepada pasukan Formula Satu yang lain tetapi menafikan sebarang hubungan dengan Mercedes selepas Lewis Hamilton mengumumkan perpindahannya ke Ferrari pada 2025.

    Pemergian Hamilton pada penghujung musim ini akan mewujudkan kekosongan di samping George Russell, manakala pasukan Red Bull pimpinan Max Verstappen juga dijangka mempunyai kekosongan, dengan kontrak Sergio Perez akan tamat pada penghujung musim.

    Kontrak dua musim pemandu berusia 42 tahun itu dengan Aston Martin akan diperbaharui pada 2025, tetapi pelumba Sepanyol itu percaya dia mampu bersaing dalam F1 sehingga dia berusia 50 tahun.

    Bercakap sebelum pelancaran kereta AMR24 pasukan tersebut kelmarin, Alonso, yang memenangi kejuaraan dunia berturut-turut bersama Renault pada 2004 dan 2005, berkata, “Saya sedar tentang situasi saya, yang sangat unik.

    “Hanya ada tiga juara dunia di grid dan saya satu-satunya yang ada untuk 2025, jadi saya berada dalam kedudukan yang baik.

    Mengenai perpindahan ke Mercedes, Alonso menafikan sebarang perkembangan sambil berkata: “Tiada apa-apa pun. Saya tahu pasaran pemandu sudah bermula awal tahun ini, tetapi ini tidak akan menjejaskan saya dari segi persediaan untuk musim ini.

    “Jika saya mahu terus berlumba selepas tahun ini, perbincangan pertama dan yang utama adalah Aston Martin. Saya percaya kepada projek ini dan itu akan menjadi keutamaan saya.

    “Tetapi jika kita tidak dapat mencapai kata sepakat, saya tahu bahawa saya menarik kepada pasukan lain. Saya tidak akan kekal dalam Formula Satu hanya untuk berseronok. Saya bukan jenis orang atau pemandu seperti itu. Mari kita lihat apa pilihan yang ada.” – AFP

    Gambar oleh Aston Martin bertarikh 12 Februari menunjukkan kereta AMR24 yang akan digunakan untuk musim 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...