Friday, September 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alumni SM SMJA ambil keberkatan Syaaban

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Bersempena mengambil kemuliaan dan keberkatan pada bulan Syaaban, Jawatankuasa Alumni Sekolah Menengah Inggeris Pengambilan Pertama Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) Aliran Inggeris 1975 hingga 1978 telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah Alumni SMJA 1975-1978, di salah sebuah restoran di Kampung Sengkurong, baru-baru ini.

    Menurut pengerusi majlis, Haji Japarruddin bin Haji Noordin, majlis tersebut dibuat kali ketujuh sebagai kesinambungan aktiviti tahunan sejak alumni itu ditubuhkan pada tahun 2016 dengan tujuan bagi sama-sama mendoakan khusus kepada guru-guru dan rakan-rakan yang telah kembali ke rahmatullah agar diberikan rahmat dan keampunan serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    Di samping itu juga bagi mengeratkan perpaduan dan ikatan silaturahim dalam kalangan bekas penuntut dan ahli keluarga masing-masing.

    Pengerusi majlis juga dalam ucapannya telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua bekas penuntut yang bergabung dalam alumni tersebut atas kerjasama dan penglibatan yang berterusan dalam sama-sama menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sebelum ini dan berharap akan terus memberikan sokongan dan kerjasama pada masa akan datang.

    Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai dan diakhiri dengan menikmati jamuan.

    Gambar ramai rombongan Alumni Pengambilan Pertama Aliran Inggeris SM SMJA 1975, di salah sebuah restoran di Kampung Sengkurong. – GAMBAR SERAHAN ALUMNI SM SMJA 1975
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda