Saturday, March 22, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alyph tak mahu cipta lagu semata-mata kejar populariti

    Ikhlas berkarya, penyanyi Alyph berpegang kepada prinsip tidak mencipta sesuatu lagu demi mengejar populariti semata-mata.

    Kata Alyph atau Alif Abdullah, 36, dia enggan tindakannya dilihat seolah-olah tidak menghormati karya itu sendiri.

    “Itu adalah mentaliti saya daripada mula berkarya. Secara jujurnya lagu Swipe tidak dibuat untuk menjadi fenomena. Saya tidak pernah ada mentaliti dan pemikiran itu di dalam studio (ketika mencipta lagu).

    “Saya rasa ia sangat tidak menghormati kerjaya seni berdasarkan apa yang saya cuba lakukan,” katanya kepada mStar. 

    Alyph berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Alyph dan HotFM di Banyan Cafe & Bistro, Kuala Lumpur pada Khamis. 

    Alyph berpegang kepada prinsip tidak mencipta sesuatu lagu demi mengejar populariti semata-mata. – Kosmo

    Dalam pada itu, Alyph memberitahu strategi pemasaran tepat turut menjadi antara faktor kejayaan setiap lagu dihasilkan. 

    “Jadi, ada banyak perbezaan tahap penerimaan orang ramai. Itu (kalau viral) sebenarnya terpulang kepada pendengar, bukan kerja saya.

    “Sudah semestinya pemasaran (pihak agensi) akan sokong kalau ada yang guna lagu untuk mencipta tarian sohor kini.

    “Malah untuk lagu Swipe, bila sudah menjadi tular baru saya berfikir cara bagaimana lagi bagi mempromosikan lagu tersebut,” ujarnya. 

    Tambah penyanyi kelahiran Singapura ini juga, sukar untuk dijangka keupayaan sesebuah lagu untuk tular kerana ia bergantung kepada penerimaan pendengar. 

    Malah Alyph turut tidak bersetuju sekiranya ada penyanyi yang memilih untuk bertukar genre semata-mata mahu lagu mereka menjadi hit. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda