Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    AMAG-MLAT hoskan acara makan malam

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa selaku Pengerusi Mesyuarat Pertama Menteri-menteri dan Peguam-peguam Negara ASEAN bagi Pihak Berkuasa Pusat mengenai Bantuan Undang-undang Bersama dalam Perkara-perkara Jenayah (AMAG-MLAT) telah menghoskan Makan Malam Rasmi AMAG-MLAT yang berlangsung di Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, kelmarin.

    Majlis berkenaan telah dihadiri oleh ketua-ketua delegasi daripada semua negara anggota ASEAN, Timor Leste, Sekretariat ASEAN dan semua delegasi.

    Majlis makan malam rasmi berkenaan dianjurkan bersempena dengan Mesyuarat Pertama AMAG-MLAT yang diadakan di The Empire Brunei.

    Pada 2019, AMAG-MLAT telah ditetapkan secara rasmi sebagai Badan Sektoral ASEAN di bawah tonggak Komuniti Political Security ASEAN (APSC).

    Persidangan AMAG-MLAT kali pertama ini merupakan mesyuarat pertama badan sektor berkenaan di peringkat menteri, di mana peserta-peserta membincangkan cara untuk meningkatkan pelaksanaan Perjanjian ASEAN mengenai Bantuan Undang-undang Bersama dalam Perkara-perkara Jenayah (ASEAN MLAT).

    Dicadangkan pada 2002, Perjanjian mengenai Bantuan Undang-undang Bersama dalam Perkara-perkara Jenayah (MLAT) bermatlamat untuk menyokong dan mengukuhkan usaha serta kapasiti negara-negara anggota ASEAN bagi memerangi jenayah merentas sempadan dan cabaran-cabaran lain.

    Ia juga bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama dan penguatkuasaan undang-undang dan bantuan undang-undang bersama dalam perkara-perkara jenayah, sebagai respons kepada keperluan bagi memperbaiki keberkesanan bantuan undang-undang dan menyelaraskan proses bantuan undang-undang bersama disebabkan oleh sistem perundangan yang berlainan serta keperluan prosedur negara-negara anggota ASEAN.

    Berikutan dengan tamatnya MLAT, ia telah dinaikkan kepada sebuah Perjanjian ASEAN sebagai ASEAN MLAT pada 2019.

    Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad dan antara tetamu jemputan yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara persembahan tarian bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...